7 Perkara Penting Anda PERLU TAHU Mengenai Emas.
Aset ini sering digembar-gemburkan sebagai agen
pelaburan terbaik... tetapi ramai yang tidak tahu kenapa. Carta harga
hanya memberitahu sebahagian kecil kisah sebenar mengenai emas.
Hari ini anda akan mengetahui 7 sebab
belakang tabir yang mengawal harga emas.
Daripada:
Mohamad Rosaidi Shukri
Penting: untuk tatapan
pelabur dan bakal pelabur emas sahaja!
Tarikh:
Pembaca yang saya
kasihi,
Permintaan kepada
emas meningkat setiap tahun...
Dan ianya tidak akan
berhenti.
Kegunaan emas
kebanyakannya hanya diketahui dalam 4 dekad kebelakangan ini. Setiap
kali kegunaan baru ditemui, permintaan emas akan meningkat, dan harga
emas juga akan dinaikkan. Buktinya, setiap tahun, sejak 1988,
permintaan emas lebih banyak daripada emas yang baru dilombong sejak
1988.
Emas digunakan bukan sahaja sebagai pelaburan tetapi
untuk kegunaan penting lain!
Tahukah anda bahawa
emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan
ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga
elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan
berkarat).
Sejumlah emas yang
kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated.
Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant
(PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang
kecil lain.
Dengan kata lain...
Lebih banyak teknologi ditemui, lebih
banyak kegunaan emas!

Cuba lihat di sebelah kanan sekali. Perubahan
permintaan berlaku antara tahun 2009 dan 2010 adalah sebanyak 43%.
Lebih banyak
kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga
emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini
HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini
juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat
7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.
Emas akan
mencapai tahap baru dalam harganya, mencecah
sehingga $1,600 setiap ounce. Perak akan melonjak
daripada harganya sekarang iaitu bawah $30 setiap ounce kepada $35. Dan
minyak akan melepasi tahap kekangan, mencapai $100 setiap tong sekali
lagi.
- Richard Band
Editor, Profitable Investing
Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT
KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada
peningkatan MELAMPAU emas.
7 KUASA BESAR akan
menolak emas
sehingga mencapai harga $1,900
Kita biasa mendengar
inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur
akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada
kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat. Kenapa?
Sejak berada pada
tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan
dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet
pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas
boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana
emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.
Tapi itu hanyalah
salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat
mendadak adalah atas
sebab-sebab lain.
Dengan
China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals),
permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat
perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor's Edition
Sebab Emas #1: Pengeluaran Emas
Tahunan Berkurang
Pengeluaran emas
telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas
telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih
banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin
kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan
emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk
menggali - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran
emas secepat mungkin.

Seperti yang
anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001,
dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit...
China dikatakan akan
kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga
emas akan panik dan naik mendadak!
Sebab Emas #2: Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit
penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di
kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik.
Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar,
syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang
merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243
setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan
terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal
mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka
mendapat apa-apa!
Apabila emas makin
susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa
yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung
yang amat besar selepas ini...
Sebab Emas #3: Permintaan
Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan
besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat
peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur
persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi
1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang
ramai.
Pada 6 bulan pertama
2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat
sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World
Gold Council.
Dalam ayat World
Gold Council sendiri...
Global gold
consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China,
and sustained global demand for gold investment,
together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan
wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula
membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka
mahukan emas --- dan mahukannya cepat!
Apabila lebih banyak
negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!
Sebab Emas #4: Bank Pusat
Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold
Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui
untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank
pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna
walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini
menyebabkan penawaran emas semakin sedikit
dalam pasaran.
Amerika Syarikat,
pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan
melakukan tindakan lebih drastik:
contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada
emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama,
Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak
mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada
mereka!).
Dan China
baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal
terbaik untuk membeli emas sekarang juga...
Sebab Emas #5: Gesaan Untuk Mata
Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh
dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan
dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan
mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun,
setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus
setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan
Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk
menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli
emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan
tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang
sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar
emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di
setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan
Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain -
emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama
sekali negara-negara Islam.
Sebab Emas #6:Permintaan Emas Hangat Di
Asia
Dengan 2.5 bilion
orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia.
Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas
sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga
emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia.
Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah
mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang...
China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas.
Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas.
Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat
tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan
permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.
Sebab Emas #7: Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa
meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada
dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya
berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage
di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan
membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak
yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita
melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat
kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila
pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas,
membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing
"bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan
berlaku.
Jadi jika
harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh
buat ialah mendapatkan
emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat
setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat
20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas
memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah
Saham Berhad.
Bilakah Keadaan Ekonomi Akan Kembali Buruk? Satu
Jawapan: Tiada Siapa Tahu.
Apabila anda
bertanya kepada 10 pakar ekonomi. Anda mendapat 10 jawapan berbeza.
Mereka akan berbalah, mengeluarkan teori pelbagai tentang keadaan
ekonomi. Tapi ada satu perkara yang pasti: tiada siapa tahu bila
keadaan ekonomi akan buruk.
Duit Malaysia yang
dikatakan kukuh mungkin diserang penyangak mata wang dan menyebabkannya
jatuh kembali... walaupun ianya menggunakan "managed float" (dikenali
sebagai dirty float sebagai pelabur). Ianya mungkin
menyebabkan ramai orang berhenti melabur di Malaysia dan ekonomi
semakin buruk.
Apabila ekonomi
menjadi buruk, nilai wang makin rendah dan harga barang makin tinggi,
anda boleh menjual emas yang telah anda pegang sebagai sumber kewangan
apabila sumber kewangan anda sekarang tidak memberi kuasa membeli
sebanyak yang anda perlukan.
Harga makanan di
Kelantan sebagai contoh, ada yang sudah naik. Ada yang menyatakan
ketiadaan barang sebagai alasan menaikkan harga. Dan ianya mungkin akan
menjadi lebih buruk.
Sejarah Membuktikan Berkali-kali Bahawa Emas Pelaburan Terbaik...
Contohnya pada awal
tahun 1988, harga emas pada 1 Januari adalah lebih kurang 480 dollar
US. Tapi pada 1999, harga emas pada akhir tahun hanyalah lebih kurang
288 dollar US. Tapi kalau kita pergi kepada awal 2011, harga emas sudah
mencecah 1375.90 untuk satu oz.

Harga emas pada 1 Januari hanyalah 480 dollar/oz. Jatuh kepada 425
dollar/oz pada 1 Disember.

Harga emas sehingga 1414.60 dollar/oz. Peningkatan 3 kali ganda
berbanding harga 1988.
Emas
akan turun dan naik tetapi ianya akan sentiasa bernilai untuk kegunaan
manusia...
Ya... tiada pasaran
yang bergerak dengan garis lurus. Tapi siapa yang fikir harga emas
takkan melonjak lagi perlu minum kopi dahulu. Walaupun emas meningkat
sebanyak 20.9% tahun lepas - itu hanyalah kecil berbanding
peningkatan yang akan berlaku selepas ini. Dan ianya mungkin
berlalu cepat sehingga semua yang ingat emas akan jatuh merudum -
tertinggal di belakang (dan anda tersenyum hingga ke bank!).
2011 ialah masa
terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang
melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka
ingat masa menyimpan emas sudah berakhir.
Tapi, seperti yang
anda tahu... itu bukan masalahnya!

Beli Emas Sekarang, Sebelum Harga Terlalu Mahal Untuk
Anda Dapatkannya...
Apabila saya melihat
ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa
gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan
menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang
telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.
Lebih ramai orang
menjual, lebih rendahlah harganya... walaupun keperluan emas semakin
meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu
mengenai emas.
Jika anda membeli
sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu
takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli
emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan
wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga
rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan
kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat
produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!
Dengan ini, anda
boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang
ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi
nilai emas tidak akan turun.

Perhatikan
CARTA HARGA EMAS DUNIA di atas,harganya sentiasa naik dan terus naik,
Beli sekarang sebelum
harganya terus mahal..dan semakin mahal..PERCAYALAH, HARGA EMAS HARI INI LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS TAHUN DEPAN..
Manfaat Anda Dapat Jika Beli Emas
Fizikal Daripada Saya
Jika anda membeli
emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan kepada anda
teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur
emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum. Anda juga
akan diletakkan dalam senarai pendek klien saya di mana hanya mereka
sahaja akan mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran emas
yang saya kumpulkan untuk mereka.
Anda juga boleh
menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda
memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak
perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada
luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan
boleh menyebabkan anda rugi besar.
Disebabkan komitmen
tersebut,Saya hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada sejumlah
klien yang kecil sahaja. Ini bertujuan memberi saya peluang
sepenuhnya untuk memberi servis yang terbaik kepada klien saya,Jika
kuota saya sudah penuh, saya terpaksa
menolak klien baru yang datang kepada saya.
Jika anda berminat
untuk membeli emas sekarang, anda boleh klik link tempahan di
bawah. Anda juga akan mempelajari
teknik-teknik perlaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat
keuntungan 30%,40% bahkan 60% pelaburan emas anda.
Ingat:
selamatkan harta anda daripada krisis-krisis ekonomi yang akan
berlaku... kerana tidak ada sesiapa tahu bila ianya akan datang...
Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai
dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan
dirham (perak) [untuk digunakan]
Musnad
Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Ikhlas dari
saya,
Mohamad
Rosaidi
www.rahsiagold.com/blog
www.facebook.com/mohamadrosaidi
Ada sebarang
masalah dan Pertanyaan,
Sila sms dan email ke
admin@rahsiagold.com
@ 019
3316916
P/S : Perlaburan emas fizikal bukanlah perlaburan
skim cepat kaya, saya
tidak menawarkan sebarang program skim cepat kaya
kepada anda.
P/P/S : Perlaburan emas telah terbukti
menguntungkan dan risiko
kerugian yang rendah
P/P/P/S : Selain dari
emas, perlaburan perak
juga menguntungkan kerana
permintaan yang tinggi di pasaran, hubungi saya
untuk maklumat lanjut.

© Hakcipta Terpelihara, 2009-2011 Rahsiagold.Com.